Wednesday, 25 December 2013

ANAK BATANG KAKI

Berikut adalah anak-anak batang kaki baka pertama yang masih tinggal di CDF. Nak buat baka. Dah divaksin awal bulan 12 lepas.

Batang Kaki Junior M







Batang Kaki Junior F





Ini pula gambar anak kedua saya yang mempunyai minat yang sama, selalu dukung ayam tak kira anak ayam, ibu ayam atau bapak ayam. Kalau dah dapat mesti didukungnya.







Tuesday, 24 December 2013

DEWI BATANG KAKI

Hari sabtu yang lepas, asalnya nak beli pejantan rinting. Tapi takde rezeki dah dibeli orang. Jadi belilah induk ni


 

Bolehlah kembangkan baka batang kaki, induk dah bertambah ni.




Nampak gaya serasi dengan pejantan batang kaki CDF. Insyaallah lepas ni akan berkembang biak baka batang kaki di CDF.


Wednesday, 18 December 2013

PEJANTAN BATANG KAKI

Harapan untuk menjadikan Mathai sebagai pembaka utama di CDF nampaknya belum berhasil, maka tugas ini diberikan kepada Pejantan Batang Kaki ini.



Pejantan Batang Kaki ini masih muda, ekor pun belum siap sepenuhnya. Namun semangat kejantanannya tidak boleh dipertikai lagi. Terdahulu induk sitam sudah bertelur dan sedang mengeram. Sekarang ni Pejantan Batang Kaki memainkan peranannya untuk dikacukkan dengan Dragon Saigon. Nampak gaya kedua-duanya makin intim sekarang ni. Insyaallah tak lama lagi dapatlah hasilnya..

Berikut pula adalah pembaka Mathai yang berada dirumah "fajarsiang". Gambar dicedok dari blog fajarsiang, jangan marah ye...Keadaannya sihat cuma sifat kejantanannya masih belum menyerlah.


Harap-harap tahun 2014 ni adalah tahun yang baik bagi pembaka Mathai ini untuk menonjolkan potensinya, insyaallah...


Sunday, 15 December 2013

DRAGON SAIGON

Memandangkan pembaka di CDF kesunyian, maka timbul ilham untuk mencari induk bagi pembaka. Cari punya cari dapatlah induk dengan gelaran Dragon Saigon.




Induk ini dipinjamkan dari seorang kawan iaitu "fajarsiang" yang aktif memeliha binatang peliharaan. Dengan induk ini diharap dapat kembangkan baka saigon di CDF selain baka batang kaki. Terima kasih banyak "fajarsiang"...

Saturday, 14 December 2013

PEMASANGAN PUKAT DI CDF

Alhamdulillah, pemasangan pukat sekeliling reban siap juga akhirnya pada hari Jumaat yang lepas. Selesalah sikit ayam batang kaki tu nak berkeliaran, tak de lah nak ke depan rumah sampai naik atas kereta. Ayam selesa, tuan punya pun senang hati.


Gambar diatas adalah pembaka utama di CDF. Induk sekarang tengah mengeram dan jangka akan menetas hujung bulan ni. Nampak gaya kena cari induk lagi ni..barulah pembaka ni tak kesunyian..

Tuesday, 3 December 2013

INDUK BARU DI CDF


Induk baru ni jenis sitam, tulang kasar. Sekarang ni tengah sedang bertelur. Setakat hari ni dah lima biji. Harap-harap telur tu boleh menetas dengan elok tambahan musim hujan dan lembap ni. Sama-sama kita tunggu...